Both Of Us
STUDY SAINS DI RUMAH CIKGU KAMISAH !
Sabtu, 6 September 2014 • 3:14 PG • 0 comments

Hai semua ! Apa khabar ? Sihat ? Kalau tak sihat, makan lah ubat ya ? Sekarang ni Ryn nak cerita tentang kelmarin (Jumaat) . Kelmarin, pukul 3.00 petang, Ryn dan kawan-kawan sekelas Ryn pergi ke rumah Cikgu Kamisah (Guru Sains) untuk study Sains . Seronok sangat . Ryn bawa kek coklat untuk minum petang tapi kawan-kawan Ryn dah habiskan dahulu kek itu . Cikgu dan kawan-kawan lelaki tak sempat merasa kek itu . Ada juga beberapa orang kawan perempuan yang tidak sempat merasa kek itu . Huh ! Apalah, makan tak ingat akan orang lain . Tak baik itu ! Tak mengapa, selepas UPSR nanti Ryn boleh buat lagi dan Ryn akan bahagikannya kepada guru-guru yang telah mengajar Ryn...

Eh, sebut tentang UPSR, sedar tak sedar tinggal tiga hari lagi ! Oh my ! Oh my ! Berdebar nya ! Para pembaca, doakan Ryn dan kawan-kawan Ryn berjaya menggapai 5A ya ? Tolong doakan ! Pleaseeeeee ! (Eh, ni dah memaksa ni !) 

Kepada kawan-kawan Ryn (6 Karisma), kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 5A sekaligus menggembirakan ibu bapa dan mengharumkan nama sekolah kita !

AJA-AJA FIGHTING !



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)



Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME