Wanita
Wanita. Kadang-ii tu rasa malu jugak pabila melihat wanita-ii di luar sana. Ada yang berpakaian sendat. Bertudung tidak menutupi dada. Berlengan pendek. Bertudung tetapi memakai pakaian yang cukup memalukan. Memalukan diriku sendiri sebagai seorang muslimah. Jika dilihat oleh Non-Muslim, pelbagai definisi buruk bakal mereka katakan tentang Islam. Kerana kita sendiri.
Kenapa? Kenapa mereka masih tidak menutup aurat? Sedangkan mereka sudah berada di akhir zaman? Di mana Hari Kiamat semakin hampir?
Kenapa? Kenapa masih tidak menyedarinya? Kaum Hawa, sedarlah. Tutuplah aurat mu. Adakah engkau mahu mengheret bapamu, abangmu, dan adik lelaki ke Neraka Jahannam?
Sedarlah. Menutup aurat itu wajib. Tidak kah engkau berasa malu kerana menayangkan aurat mu di hadapan AJNABI? Sedangkan ianya hanya boleh dilihat oleh SUAMI mu SAHAJA.
Belum sampai seru? Alasan jenis apakah itu? Kaum hawa, nasihat, ajakan dan pelbagai lagi, itulah seru. Tolong, jangan bagi alasan kerana tidak mahu menutup aurat. Ingat lah. Mati tidak mengenal usia. Bila-bila sahaja ajal kita akan datang.
Insaflah, Kaum Hawa.
INSAFLAH
|