Both Of Us
Kejohanan Merentas Desa
Khamis, 7 Februari 2013 • 12:34 PG • 0 comments

Assalamualaikum,

Hai , Arina baru balik dari klinik gigi . Harapannya nak tampal gigi Arina ini , tapi klinik gigi hari ini buka untuk orang yang buat temu janji aje ... Jadi , Arina pun balik rumah je lah . Ha ! Arina nak cerita pasal Kejohanan Merentas Desa di sekolah Arina hari ini .

Pagi tadi (8 : 00 a.m.) cikgu suruh semua murid berkumpul di padang bola . Cikgu bagi lah sedikit taklimat tentang kejohanan ini . Apabila selesai bertaklimat , acara larian pun bermula . Arina mula-mula rasa tak nak berhenti berlari , tapi rasa macam letih sangat , Arina pun berhenti lah . Bila dah sampai dekat sekolah , guru yang ambil c.p (check point) dah tak ada . So , kawan-kawan tau tak apa maknanya ? Tak tau ? Ish ish ish... Maknanya dah cukup pemenangnya . Arina sedih lah sebab Arina tak menang . Tak apa lah , tahun depan boleh berusaha lagi kan .

Ini Arina nak tulis pemenang keseluruhannya :


  1. Rumah Biru 
  2. Rumah Merah
  3. Rumah Kuning
  4. Rumah Hijau
Arina nak minta maaf jika apa yang Arina tulis ini salah ya kawan-kawan .OKlah , sampai di sini sahaja Arina nak berblog .

Salam

Yang benar , 
   Arina 
(NUR HAFIZATUL ARINA BINTI ZURI)
PEMILIK BLOG INI .



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)



Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME