Sambutan Maulidur Rasul
Rabu, 6 Februari 2013 • 2:15 PG • 0 comments
Assalamualaikum,
Mesti kawan kawan pelikkan sebab dalam sehari Arina berblog beberapa kali kan . Arina saja je berblog banyak-banyak sebab Arina dah lama Arina impikan nak ada blog . Hehehe...tak apalah , Arina nak balik ke tajuk asal. Sekarang ini Arina baru balik dari kelas mengaji , Fatin pun dah pergi ke sekolah sebab nak masuk pemilihan olahraga (lompat jauh) . Jadi , entah bila pula Fatin nak datang ke rumah Arina ini . Hmmm...tak apalah . Hari Khamis (31 Januari 2013) lepas , sekolah Arina mengadakan Sambutan Maulidur Rasul . Sebelum acara yang telah diaturkan oleh guru-guru berlangsung , pihak sekolah telah menjemput satu kumpulan nasyid tau . Tapi , Arina lupa lah nama kumpulan nasyid itu .... tapi kan Arina dengar mereka menyanyi , sama macam Arina dengar dalam radio. Kemudian , acara yang diaturkan oleh guru-guru pun dimulakan . Mula mula , Arina dan rakan -rakan rumah hijau berarak di sekitar Kg . Padang Midin . Selepas itu , pelajar-pelajar tahap 1 ada pertandingan mewarna . Pelajar-pelajar tahap 2 pula ada pertandingan nasyid dan pertandingan azan untuk pelajar-pelajar lelaki . Kemudian , keputusan pertandingan nasyid dan azan pun diumumkan . Pertandingan azan Arina tak nak tulis. Keputusan pertandingan nasyid seperti dibawah : Johan : Rumah Hijau . N . Johan : Rumah Biru . Ketiga : Rumah Merah . Keempat : Rumah Kuning . Di sini Arina nak minta maaf ke atas rakan-rakan Arina yang berada didalam rumah biru , merah dan kuning kerana Arina bimbang mereka kata Arina sombong kerana rumah hijau dapat no.1 . Sampai di sini saja Arina nak berblog . Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh . Yang benar , Arina (NUR HAFIZATUL ARINA BINTI ZURI) PEMILIK BLOG INI .
|
|